LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat Nelang Security Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 7hb Februari 2012 dengan nombor pendaftaran syarikat 977117-D. Syarikat ini adalah sebuah syarikat sendirian berhad menurut syer. Ia merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang menggabungkan dua orang pengarah iaitu Nur Azrin Fatimah binti Zakaria dan Mohd Hanifuddin bin Muhd Nor.

Kemajuan dan kepesatan pembangunan negara ke arah perindustrian dan teknologi tinggi di rantau ini banyak membantu wujudnya ‘downstream business’ yang berkaitan dengan pembuatan, kewangan dan perkhidmatan. Syarikat-syarikat ini memiliki aset yang tinggi nilainya, sekaligus memerlukan perlindungan kawalan dan insuran dengan bayaran perkhidmatannya berjumlah berjuta-juta ringgit. 

Peredaran dan perkembangan ini telah membangkitkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha industri, institusi kewangan, sektor pembinaan dan individu bahawa keselamatan amat penting bagi mengawal dan melindungi kepentingan-kepentingan itu. Permintaan kawalan kini semakin meningkat disebabkan kekukuhan dan pertumbuhan pesat ekonomi negara ekoran tindakan kerajaan membuat pengubahsuaian struktur korporat (corporate restructure) terhadap beberapa syarikat-syarikat besar yang berurusan dengan negara ini. kini kita merasai bahawa skop perkhidmatan kawalan semakin bertambah dan prospek terhadap perniagaan ini semakin cerah dan kukuh. Disamping permintaan terhadap perkhidmatan ini, kemajuaan peralatan canggih yang berkaitan dengan keselamatan semakin bertambah diperkenalkan di pasaran kita. Kedua-dua cara perkhidmatan (kawalan fisikal dan elektronik) merupakan peluang perniagaan  yang berpotensi dan berdaya maju (viable) untuk diceburi, bagi mencapai tahap keuntungan yang optima.